31 Disember 2010

Musim rindu yang dalam...........

Anak-anak dikaulah segala-galanya bagi dia......Musim rindu ku semakin dalam. Semoga kau bahagia di alam baru mu abang...


Terharu pagi-pagi begini.........Bicara anakanda Fida mengusik jiwa ku.







Bicara "Si Anak Abah" #3
by Bonda Irdina Soffeya on Friday, December 31, 2010 at 1:32am






Aku hanya bermonolog....

Assalamualaikum... Apa khabar Abah di sana?. Semoga Abah sihat sejahtera, tenang, dipermudahkan segala urusan. Ida nak beritahu Abah ni... Ida rindu kat Abah... kadangkala hati ni tercari-cari juga Abah... kadangkala bibir ni nak bertanya juga pada Ibu, Abah sihat ke?... Sedihnya...Abah dah tak ada. Itulah hakikat yang kami semua perlu terima. Ida terima Abah. Ida terima... cuma akhir-akhir ini Ida selalu menangis bila teringatkan Abah....


Jasadnya bersemadi di sini... Kehidupannya kini di alam barzah....

Ida tak pernah pergi ke kubur. Tak pernah... kali pertama Ida ke kubur adalah kubur Abah. Abah tau kan masa Abah pergi, Ida nangis sikit aje. Nampak cool aje kan?... Sebab Ida memang redha. Tuhan dah beri yang terbaik kepada setiap hambaNya. Inilah yang terbaik buat Abah....Yasin...

Bila Ida sampai ke kubur Abah, Ida beri salam... Mungkin Abah dengar... Abang Chik pula alaskan tikar getah... kami duduk di depan kubur Abah. Cuaca agak panas. Ida rasa amat tenang melihat kubur Abah. Sebenarnya Ida memang jenis yang kuat berpeluh... sekejap jek kena panas, mesti berpeluh... apatah lagi cuaca panas pada hari tu... Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! Berderau darah bila Ida tak berpeluh langsung sepanjang membaca yaasin di kubur Abah tu... Tak rasa panas, malah nyaman... Ya Allah... Wallahualam.

Bila dah habis baca yasin dan doa... Ida minta izin untuk balik ke Kelana Jaya... nanti ada masa lagi, Ida ziarah lagi kubur Abah... Ida sayang Abah. Rasa nak peluk Abah... nak salam Abah... Alfatihah buat Abah... semoga Abah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beramal soleh. Amin. Barakallah.

Melangkah meninggalkan tanah perkuburan...Adikku a.k.a Abang Chik.. TQ Chik... Riak wajah sugulku jelas kelihatan...

24 Disember 2010

Kg Penyabong ke tu? .......ramai yang tak tau rupanya...

Malam kedua di Mersing, aku bertiga berkesempatan bermalam di rumah kak Odah dan anak-anaknya. Semasa abang Sekak ( seorang Ishak 3 ) hidup aku tidak punya masa dan peluang untuk berbuat demikian. Terima kaseh kak Odah dan anak-anak kerana melayani kami sebegitu rupa. Tak mungkin terlupa oleh ku kemanisan bersama ini. Fida, Saud. Widad dan Ayu....semua ini akan mewakili aku satu masa sebagai orang tua di mana ketika itu anak-anak dan cucu ku pula membesar seperti mereka nanti.

Pagi-pagi lagi kami dihidangkan nasi Lemak Special dari Kak Odah. Kak Odah memang pandai masak. Jam 8.30 pagi kami bergerak meninggalkan keluarga ini dengan harapan kami akan selalu kemari untuk mencari ketenangan dan tidak putus hubongan ..... insaalah. Maklum sahaja aku tidak punya sesiapa lagi.. hakikat yang tidak dapat disangkal oleh sebuah kehidupan insan.

Sambil menanti saat berangkat ke Jeti sempatlah aku dan keluarga ku bergambar kenangan di Kg Penyabong yang menarik ini.....


Dalam Perjalanan Ke Kelong....

















9.00 pagi kami bergerak ke Kelong Acheh Resort di tengah-tengah kumpulan pulau-pulau di Endau Mersing . Kg. Penyabung aku lihat di dalam peta merupakan sebuah Tanjung yang memang Indah. Sebenarnya aku tidak berapa sihat ketika bergerak. 2 hari tidak makan ubat darah tinggi kerana terlupa membawanya, bagaimana pun semangat mengatasi segala-galanya aku kuatkan hati untuk bersama suami kali ini melawat Kelong Acheh yang agak hampir dengan Pulau Acheh di situ.


Ha.....yang betulnya...aku memang penakut....sebelum ini aku pernah juga menjejak Pulau Kapas, bahana dah lama dan dah lupa jantung ku berdebar-debar. Eh..aleh-aleh dalam perjalanan.......aduh! bot nelayan yang ku naik mengapalah berayun mengikut gelombang ni...
Gelombang sederhana musim-musim tengkujuh amat mencemaskan kami dalam perjalanan menghala ke Kelong. Bot nelayan yang kami naik di lambung ombak di dalam hujan renjai pagi itu. kami semua tidak pula memakai jekat keselamatan menambah kecemasan semua yang berada di dalam bot. Perjalanan rasa lama sekalipun jarak antara Jeti ke Kelong di jangka 20 minit. Akhirnya kami tiba . Shahirah nampak ok sahaja begitu juga aku dan suami nasib baik tidak mabuk laut.




































Bilek tidur yang kosong kami curi-curi jenguk......tak bersarung lagi.


















Joran dan kail boleh di sewa....jika suka memancing.


















Ada disediakan bilek sembahyang untuk penyunjong Islam.
















Tempat berehat dan bersembang...banyak sekali di sekeliling Kelong...
















Terlanjur sudah bercerita beginilah indahnya pemandangan dari alam ciptaan tuhan mu....hanya diduga dengan sedikit kesusahan kita dijanjikan menikmati lebih banyak keindahan dengan ketenangan perasaan.........jom lah jalan-jalan ke Endau...



















































Makan tengahari di hidangkan dengan rasa ikan kukus segar, sotong goreng tepung, udang dan ayam kari yang sangat hebat rasanya hasil masakan anak-anak muda yang terlatih....kecil sahaja orangnya tetapi masakannya sedap.......

Nah ini dia........... lazatnya hingga tak terkata....


23 Disember 2010

Mencari Asal Usul Dari Bumi Mersing....

Kali ini naluri insan ku ingin bercerita tentang perjalanan dan kembara ku ke Mersing. Di Mersing aku masih ada lagi saudara kuat yang belum lagi ku kenalkan kepada anak cucu ku. Sedar akan tanggungjawab yang semakin besar demi genarasi selepas ku, aku kira aku patut melupakan untuk bersenang-senang tidur di hotel mewah untuk kembara ku kali ini.

Arah tuju ku yang pertama adalah menjengah nenek Mersing...Atuk lelaki yang bernama Yusof Bin Md. Dom telah pun meninggal (beliau adalah adik lelaki ninda ku zainab Ahmad berlainan bapa ..berkongsikan ibu bernama Dara ) itu mengikut keterangan nenek Mersing baru-baru ini. Ninda ku zainab berbintikan Muhamad @ Ahmad beribukan seorang penyanyi bangsawan yang bertugas di rumah orang besar-besar dan bangsawan di zaman dahulu. Cerita ini tidak ku dapati dari ibu...dan bagi ku ini cerita baru. Datuk Yusof adalah seorang anggota Polis yang bertugas di Kuala Nerang Kedah satu waktu ini menemukan seorang anak gadis siam yang rajin bernama A Peng....akhirnya jatuh cinta dan mengambil gadis ini sebagai isteri dan mengubah nama kepada Fatimah Abdullah. Berpindah ke Mersing ketika baru mendapat seorang anak sehingga kini....dan inilah nenek yang masih ada di Mersing dan mengamit aku untuk selalu berkunjung ke Mersing.

Kami berbual-bual dan aku mencatitkan salasilah keluarga dari sebelah ibu dengan harapan kami dapat merangkai semula tali persaudaraan yang semakin lupus. Atuk yang semakin berumur sudah pasti lancar bercerita satu demi satu dan menaruh harapan yang serupa dengan ku demi anak cucunya.

Moyang ku hanya di ketahui bernama DARA mempunyai
Adik Bernama Halimah (mati awal, berkahwin tetapi tiada zuriat )

dan..........mempunyai anak 4 :

2 dari suami pertama Ahmad@Muhamed ( Ahli Perniagaan ) :

1. Ninda ku Zainab Bte Ahmad @ Mohamed
2. Adiknya Hj. Abdul Rahman Bin Ahmad @ Muhamed. (Adalah seorang Guru Ugama dan Selepas Bersara menjawat jawatan Guru Pelawat Agama di Brunei untuk beberapa ketika )


2 dari suami ke dua Mohd. Dom ( Keturunan Daeng Bugis ) :

1. Adiknya Md. Yusof Bin Md. Dom (Atuk Hitam )
2. Adiknya Sulaiman Bin Md. Dom
( Atuk Ngah meninggal dunia ketika masih bujang ).

Dalam penyelidikan kali ini aku hanya dapat menumpukan perhatian kepada anak kepada Atuk Hitam ( Hj. Md. Yusof bin Md. Dom kerana fakta tepat tentangnya masih boleh di peroleh dan nasib baik nenek masih hidup.

Perkahwinan di antara Atuk Md. Yusof dan Nenek Fatimah Abdullah
telah di kurniakan 10 orang anak iaiitu:
















1. Zainab bt Md. Yusof (Munirah )
2. Aminah Bt Md. Yusof (Kak Cik )
3. Md. Ali Bin Md. Yusof
4. Zakariah Md. Yusof......(telah meninggal dunia )
5. Aishah Md. Yusof
6. Maslina Md. Yusof
7. Roslina Md. Yusof
8 Roslina Md Yusof
9. Ramlah Md. Yusof
10. Mohd. Razali Md. Yusof.



Dengan terhasilnya tulisan ini aku ingin mengucapkan terima kaseh yang teramat sangat kepada nenek Fatimah dan bonda Munirah ( Tetapi sayang aku memanggil mak saudara ini dengan panggilan Kak Munirah kerana telah terbiasa sejak kecil lagi... ).

Alhamdullilah, aku sekeluarga dapat bermalam di rumah Kak Munirah dengan selesa sekali di Kg. Sri. Pantai. Malangnya kami terlupa merakamkan kenangan bersama Kak Munirah dan suaminya abang Atan ( Jantan). Masakan yang sedap dari air tangan kak munirah tetap jadi kenangan. Insaalah dalam kesempatan yang lain kami akan mencari keluarga ini lagi...

17 Disember 2010

Kerana kamu anak perempuan.........
















Anak perempuan.....kaum cina meletakkan anak perempuan sebagai anak yang kurang tuah sebaik sahaja dilahirkan. Bagi masyarakat Cina anak lelaki akan membantu mereka menjadi kaya....Itu pendapat satu waktu dulu. Kini semuanya dah berubah....sewaktu aku menjalankan tugas sebagai jururawat dulu aku nampak cina sekarang sudah mengubah fikiran dan merasakan anak perempuan lebih baik hati berbanding dengan anak lelaki. Mereka kata anak lelaki degil....tetapi masih gembira teramat sangat jika di kurniakan seorang anak lelaki.

Almarhum ibu ku berkata satu waktu dulu. Kaum cina tidak akan menghadiahkan anak perempuan mereka emas dan perak apbila mereka berkahwin....mereka akan di berikan sebuah mesin jahit sebagai persiapan untuk membantu suami di saat sukar. Orang-orang Cina akan mengajar anak-anak perempuan mereka menjahit sejak kecil-kecil lagi.

Oleh itu aku telah di dedahkan alam jahitan sejak berusia 10 tahun oleh ibu ku. Mula-mula belajar jahitan Sembat...untuk baju kurung. Baju sendiri kena jahit sendiri......falsafah ibu ku.
OK..ajar pulak jahit Tulang Belut, Tindeh kasih....dan menyulam....akhirnya mengait baju sejuk dan stokin dari benang bulu. Inilah ibu ku cukup keilmuannya dan beliau sempat menurunkan kepada ku serba sedikit dan semua adik-adik ku juga mempunyai kemahiran lebih kurang sama dengan ku.

Hari ini aku telah memaksa anak ku Shahirah Amini menyentuh mesin jahit. Shahirah aku rasa lebih cepat pandai berbanding aku masa lalu. Anak ini punyai keberanian yang luar biasa. Hanya memberitahu teknik yang betul dia dapat mencapai skill. Aku memberitahu tentang pengunaan mesin, cara memasukkan benang dari asas sebuah mesin jahit tepi...kerana bagi ku jika dia berani memegang mesin jahit tepi sudah pasti kerja-kerja mengajar ku jadi mudah sebab dia biasa mengawal kaki dan tangan semasa mengunakan mesin ...sudah pasti nanti dia boleh menggunakan mesin jahit yang lebih sukar.

Mengapa aku menitik beratkan jahitan kepada anak ku....barangkali prinsipnya sama seperti ibu ku...membuat persiapan awal kerana kemahiran menjahit sebenarnya sangat luas dan jika rajin boleh mendatang pendapatan yang cukup lumayan.
Satu lagi sebab yang menjadikan aku tertarik untuk mengajar Shahirah menjahit ialah aku melihat anak ku seorang yang ; kreatif. Orang yang kreatif memang sentiasa berfikir dan mencipta sesuatu. Mereka perlu banyak cabang ilmu untuk berkarya.

Satu waktu dulu aku juga memikirkan untuk menjadi juru jahit...tetapi oleh kerana melihat rakan-rakan menjawat jawatan baik sebagai kakitangan kerajaan aku terpengaruh pula. Jika menjalankan perniagaan dari rumah...soal menjaga anak sendiri tidak menjadi masalah besar jika telah berumahtangga. Betul ke?. Mungkin tak semudah apa yang ku fikirkan agaknya...


Maafkan mak ya Shahirah...mak akan mulai mendidik anda dari saat ini sebagai anak perempuan. Sila tekun belajar...selain dari ilmu yang guru ajar di sekolah...kamu juga kena menjahit dan memasak, mengemas dan mengurus diri dengan betul. Guru tidak boleh mengajarkan kesemuanya, ilmu yang di ajarkan guru di lengkapkan dengan sijil akan tapi ilmu yang mak ajar...hanya di kepala dan akan kekal selagi usaha dan kemahuan turut bersama.

16 Disember 2010

Selayang Pandang 3

28hb Novembar 2010 bersamaan 21 Zulhijjah 1431
Hari ini juga merupakan hari yang bersejarah bagi cucu saudara ku....

Majlis Walimatul Urus kali ini di adakan di rumah anakanda Hairom yang agak kerap ku temui dalam majlis-majlis keluarga...
kali ini kami dapat juga menjenguk dan meraikan majlis di rumahnya pula di Jalan anggerik 3/3, Taman Anggerik Tenggara, Bandar Tenggara Johor.















Selamat Pengantin Baru
Mohd Syafiq Hairum & Aida Syafinaz zainal Ratin
semoga berbahagia hingga ke akhir hayat
















Taniah buat anakanda
Hairom Rahmat dan Rasidah Ithnin kerana dapat menantu yang pertama...










di akhir pertemuan ini kami mendapat berita sedih.....

Seorang Ishak 3 ( Hj. Ishak Bin Hj. Nor ) sedang sakit tenat di Wadkan di Hospital Kluang dan akan menjalani pembedahan segera.

4.00 petang di hari yang sama abang kesayangan aku ini menyahut panggilan Illahi.

Hakikatnya hari ini banyak air mata ku tumpah kerana berita-berita sedih yang ku dengar dari keluarga termasuk berita kehilangan Almarhum Yusof suami kepada anakanda Maimunah Rahmat yang tidak diberitakan kepada ku sebelum ini...
aku dan Mon adalah sahabat baik semasa kami remaja.

Inalilahhiwainailahirajiun

15 Disember 2010

Selayang Pandang 2

Maaflah cucu-cucu, nenek tak mampu bercerita . Berat rasa dada untuk menulis cerita-cerita gembira kita. Hari ini baru mampu rasanya...........

28hb. Novembar 2010 sebenarnya banyak yang berlaku.



Terima kasehlah anak-anak buah sudi mengundang ibu saudara sekeluarga ke majlis Walimatul Urus anak-anak mereka.


Kita mulakan dengan Keluarga Haji Hanan Haji Elias dan hajah Arbiha Abas


Majlis di adakan di Dewan Banquet Johor Golf country Club Johor Bahru.



Lama benar tak dapat bertemu dengan Arbiha, anak saudara sepupu yang ini sebenarnya semasa kecilnya biasa sangat dengan aku...apabila masing-masing menjalani hidup sendiri...terpisahlah kami. Berpuluh tahun rasanya tidak berjumpa....30 tahun atau lebih kami tak dapat bersua. Jika ada majlis perkahwinan yang di adakan oleh ayahnya Hj. Abas kebiasaannya aku hanya menghantar wakil samaada ibubapa ku atau suami ku sahaja.




Pertemuan ini ibarat jejak kasih...dan di awal-awal pertemuan Arbiha tidak mengenali aku sama sekali...Berselisih bahu tapi tidak menyapa. Saling berpandangan tetapi dia hanya membalas senyum ku tanpa bersalaman. Begitu hebatnya keadaan jika lama tidak berjumpa. Aku sendiri tertanya-tanya apabila melihat suaminya aku terkeliru....dan terfikir-fikir macam kenal tetapi siapa?. Anak Buah ku? tetapi anak siapa?.







Masa di dalam dewan aku bersalam...Arbiha menyambut dengan mesra....penuh tanda tanya siapakah aku. Apabila aku memperkenalkan satu persatu anak-anak ku...baru dia tersedar siapa aku sebenarnya...Itupun barangkali kerana anak-anak ku mempunyai Facebook dan bersahabat dengan nya di halaman tersebut. Alhamdullilah halaman Facebook kebelakangan ini menyatukan kami semula...














Selamat Penganti baru


Nurul Akma Haji Hanan
dan
Mohd Khairul Hazriq Mohd Khomsar

dari kami sekeluarga
Semuga di murahkan rezki dan panjang jodohnya sehingga keakhir hayat.




11 Disember 2010

Ubat......kalau boleh di ubat..

















Hari ini terasa sangat gembira kerana suami membuat pengakuan. Perasaannya sangat tenang sekarang...fikirannya begitu lapang apabila aku betul-betul dapat melepasi Fasa kehidupan seorang persara. Setahun aku mula serasi dengan kehidupan seorang pesara.

Dalam setahun ini kemana sahaja suami ku pergi atas urusan keluarga aku sudah tentu dapat bersama kecuali di waktu-waktu persekolahan kerana menguruskan anak ku Shahirah. Hari ini aku dapat menemani suami ke hadir kesemua rumah kawan-kawannya yang menjemput. Masing-masing sudah pun menerima menantu.....Taniahlah En. Bahrom dan Y. CikGu Hj.Braim dan Hjh Awie, Tn. Hj. Yunus dan Pn. Hjh Halimaton, Abang Hj. Sapon dan kakHjh......taniah juga buat abang Hj. Salleh dan Hjh.Teh sebab dapat cucu baru...

OK....sebenarnya tak semua dapat ku rakamkan gambar kenangan. Kat rumah abang Sapon dan rumah Hjh Halimaton kena naik motorsikal aja...sebab dekat aja dengan rumah ku. Maaflah ya tak merakamkan apa-apa pun kat blog kali ini.

Untuk abang Sapon jangan merajuk ya....tak rewang. Insaalah lain kali kalau panjang umur. Sekarang ni baru nak belajar-belajar rewang....dulu tu tertekan dengan dunia perkerjaan. Baru-baru bersara pun tak dapat sesuaikan diri...cuba-cuba ubat-ubat hati kalau boleh di ubat. Hehh.... kadang-kadang rindukan dunia perkerjaan. Mimpi bertugas pun masih kerap datang sewaktu tidur. ha...gitulah akibat bersara awal dan terasa macam mimpi apabila semuanya menjadi kenyataan dan belum bersedia lagi...

07 Disember 2010

Hello Sawah Padi...

Hari ini aku hanya ingin melapangkan fikiran. Balek kampong....Sri. Paya Sengkang Bt. 20 Bukit Gambir Sengkang Bukit bersama suami dan 2 anak ku. Ada misi khas hari ini ...nak bertemu ayah dan emak mertua juga menjengah Tn. Hj Ibrahim @ Atan Bin Hj. Yusof dan isterinya Hjh Siti Fatimah Bte Taat di Kg Sungai Senduk Grisek.
Pasangan ini adalah teman semasa menunaikan Fardu haji tahun 2006. Kak Siti sebilik dengan ku semasa di Madinah. Itulah hikmahnya bersama di bumi bertuah tersebut, persaudaraan terus terjalin sehingga kini. seolah-olah kami telah kenal begitu lama dan ibarat antara kami memang rapat seperti saudara sendiri.
Maaflah kami tidak dapat hadir ke majlis perkahwinan anak perempuan merekaiaitu Cik Fazilah dan pasangannya Faizal. Tarikh itu terserempak pula dengan majlis perkahwinan anak-anak abang Naim depan rumah. Abang Naim macam abang ku juga. walaupun tak banyak aku dapat bantu dapat menjenguk dan bersama-sama sekejab pun jadilah. Hari yang sama juga banyak jemputan majlis perkahwinan untuk dihadiri.



Dari Sri. Paya ke Grisek ada jalan potong iaitu melalui Bt. 18 ke sawah Ring. Menyusurlah kami melalui lorong yang di kiri kanannya penuh dengan sawah padi. Saujana mata memandang dan padi-padi yang menghijau itu memang dapat mengubat jiwa. Ramai orang datang ke sini untuk memancing. Ikan yang boleh di dapati di sini adalah seperti ikan Haruan, Betuk dan Sepat. Menurut suami ku semasa kecil-kecil tempat ini adalah tempat mainan dia. Ibu bapanya mempunyai sawah di situ. Ketika kecilnya dia juga membuat kerja-kerja bersawah membantu orang tuanya. Kini keluarga suami ku tidak lagi bersawah dan ayah mertua ku memberi tumpuan kepada kebun Kelapa Sawit dan Pisang sahaja selepas bersara dari jawatan Guru Agama.


Perkembangan pesat di kawasan sekitar Bukit Gambir memang membuat aku bangga. Berbanding dengan Pt. Jawa aku kira lebih tersusun perbandarannya.


Bukit Gambir berubah wajah selepas 27 tahun pernikahan ku dengan suami. Sebelum itu aku tidak pernah sampai dan agak terkejut dan merasakan Kg. Sengkang satu masa dulu memang benar-benar kampong Pendalaman. Kini semuanya mudah dan banyak jalan-jalan potong dijaga dan diturap dengan baik untuk kemudahan pengguna.








Mari kita lihat indahnya sawah Padi di Sawah Ring.
Indahnya....mudah-mudahan kawasan Sawah Padi ini kekal dipelihara sebagai kawasan sawah. Sekurang-kurang untuk diperlihat dan dikekalkan kepada genarasi anak cucu kita. Kalau pupus kawasan-kawasan sebegini hilanglah pertanian tradisi dari mata anak-anak kita.

04 Disember 2010

Bintang-bintang ku di petik pergi................

Tidak semudah biasa untuk ku menulis kali ini. Kali terakhir aku menulis sebelum ini adalah pada minggu ke 2 Novembar. Tiba-tiba aku rasakan hasil tulisan ku tidak sesuai untuk ku abadikan disitu. Barangkali tentulah ada yang sempat menjenguknya beberapa ketika, atas pandangan suami aku akur meskipun aku sangat sayang pada hasil tulisan itu.

Kehilangan 3 abang sepupu yang menjadi daya gerak ku selama ini begitu menjejaskan reputasi. Aku tidak boleh berfikir. Terasa lemah dan kehilangan segalanya.Kini Seorang Ishak 3 yang selalu ku sebut-sebut telah tiada untuk selamanya pada [ 28hb Novembar 2010 bersamaan 21 Zulhijjah 1431H ]. Aku tidak dapat memberi tumpuan kepada semua perkara. Kali ini aku seperti tidak tahu bagaimana untuk mengurus dan berhadapan dengan kehidupan aku seterusnya.

Sedar dia memang sakit. Sedar sakitnya amat tenat tetapi aku tetap berdoa kepada tuhan supaya tidak mengambilnya dahulu. Aku merasakan takut untuk kehilangan dia kerana dia selalu memberikan semangat pada ku. Jiwa berkobar-kobar yang ada padanya membuat aku berani tetapi berhati-hati. Masa bercakap dengannya aku cuba elak daripada ayat-ayat yang menyebabkan darjah kepanasannya menjulang tinggi. Masa bercakap dengan dia aku bertutur lembut kerana jiwanya amat lembut dan manja. Masa bercakap dengan dia aku akan beralah kerana jiwanya mudah patah jika aku beralah. Dia insan yang teramat istemewa. 3 abang sepupu yang telah pergi meninggalkan aku ini mempunyai kelebihan yang berbeza dari mata hati ku. Membesar didalam satu rumpun keluarga yang mesra menjadikan aku tidak dapat membezakan kasih sayang kepada mereka,bagiku sayang ku sama rata. Ibarat dacing yang seimbang.

Banyak perkara seakan ingin ku ceritakan tentang ketiga-tiga abang ku ini tetapi tidak di waktu ini kerana aku kehilangan kekuatan diri dan teramat sepi. Kau pergi jua. Begitulah aku kini . Terasa sedih dan kosong hidup ini dengan hilangnya 3 insan kesayangan ku.............

ISBIHA(Ismail Hj. Adnan)

Seorang Ishak 3 (Ishak Hj. Nor )
dan

Abang Mad (Ahamad Hj. Redzuan ).




Mudah-mudahan Segala dosa mereka terampun,di lapangkan di alam kubur dan di tempatkan di syurga Allah bersama insan-insan yang beriman yang lainnya. Amin.