26 Disember 2009

Tidak Dongeng..........

Perbualan dengan abang Mian ( Jamian bin Hj. Salleh) Imam Kg. Pt. Kedondong tempuh hari menginsafkan aku. Oh tuhan....sesungguhnya kecil nya aku di sisi mu.

Aku minta maaf kerana banyak menyembunyikan kebenaran. aku memang kenal dengan keluarga Hj. Karmani. Aku mengakui aku tidak rapat dengan sdra Maslan kerana hidupnya di rantau orang... tetapi aku biasa dengan nama itu dan rapat dengan abangnya Miftahhuddin ( Hatta) serta orang tuanya. Aku juga sedar kehadiran seorang lagi insan yang penting Hj. Abd. Majid di Brunei. Abang Mail ada tinggalkan alamat di Brunei malangnya aku simpan ditalipon yang dah pun rosak bersama segala kenangan ku di situ.

Dalam keadaan sekarang yang begitu berkecamuk aku tak pandai menjelaskan. Kita sudah banyak kehilangan dan kadangkala menjadi lemah apabila kita digulungkan kepada beberapa peringkat manusia. Yang kaya, yang miskin, yang berilmu dan yang ketinggalan segalanya.

Mendekati semula keluarga kita kelihatan adalah terlalu janggal. Mungkinkah aku yang harus memulakan setelah 2 insan kesayangan ku yang menjadi teras keluarga pergi untuk selamanya. Amat berat tanggungjawab ini untuk saudara perempuan seperti aku....tetapi aku akan cuba demi kamu semua saudara mara yang aku kasih kerana diantara kita hanya aku yang telah di bisikkan tentang cerita lama keluarga kita. Walaupun kabur berdoalah agar selepas ini semua kita akan bertaut kembali.

Kak Lah ( Jamilah Yaakob ) memandang wajahnya sudah memperlihatkan sayu disudut hatinya. Maafkan aku merahsiakan perkara ini begitu lama. Menjadi saudara orang besar harus pandai membawa diri. Kelakuan,tuturbicara,cara berfikir juga mesti di kawal demi menjaga nama baiknya. Sembunyi sekali pun satu hari orang lain akan tahu....walaupun sekarang kelihatan tidak saling mengenali, satu hari yang pasti dengan penuh keinsafan dia akan mengenali dan yang pasti aura bersaudara itu akan terasa, semula jadi. Aku sangat yakin dengan garis persaudaraan ini....tuhan yang memberi untuk kita lalui.

Dengan penuh keinsafan aku mohon maaf kepada insan kesayangan ku ini (Kak Lah sepupu ku ).....Itulah hakikat dan tidak dongeng lagi....kita harus berbangga kerana ada anak cucu Almarhum Hj. Hassan b Ahmad menjadi orang besar sepertinya.

Sesungguhnya................... Kehidupan ini memedihkan dan kejam apabila tergulung kepada insan yang hilang jejak...

23 Disember 2009

Dari Tanah Suci..

11hb Dis 2009. Ibu angkat ku Hjh Wan Tik dan keluarga selamat kembali ke tanah air.

Aku juga sedang menunggu giliran kak Mah dan abang mad pula. Semuga semuanya selamat seperti apa yang kami nantikan.

06 Disember 2009

Angkasa biru wajah mu...

21hb Novembar 2009

Foto Jam 7.15 pagi


















Matahari terbit menyuloh asap Pesawat yang melintasi ruang udara rumah ku di pagi itu. Cahayanya nampak lain, dan menarik perhatian ku.


















Dalam Perjalanan Daripada Muar ke Johor Bahru



















S
e akan Melihat tulisan tulisan Allah Sekali lagi. Apakah apa yang ku rakam sama seperti kata hati ku........ Perkataan Allah menghiasi awan biru kali ini. 4 foto berturut-turut untuk diperhatikan....




























































Di Perjalanan Pulang awan biru menjadi kelabu... Akhirnya singgah Pt. Sulung dan menjamah Roti Nan.