Lagu

12 Mei 2009

SELAMAT HARI JURURAWAT







Ucapan Selamat Hari Jururawat....bertujai datang. Terimakasih pada semua..terutama sis dan rakan-rakan semua. Bagi ku....berakhirlah episod kehidupan yang pernah ku timba beberapa tahun yang lalu..di mana orang yang pertama mengucapkan selamat hari jururawat adalah Almarhum Abang Ahmad Hj. Redzuan sepupu ku. Orang lain tak kisah pun...tetapi dia tidak pernah ketinggalan sedangkan aku tahu dia tidak minat dengan profesion yang ku pilih ini. Aku cemas setiap kali hari Jururawat tiba....Aku cemas setiap kali harijadi tiba, bila abang ku ini selalu membuat kejutan demi kejutan. Kadangkala...terpacak di ruang klinik untuk menemui aku. Kami tak bincang apa-apa pun kecuali tentang keluarga...dia pulang selepas merasa lapang dada barangkali dapat menjenguk aku...atau anak-anak ku di rumah sekalipun sekejab cuma.

Ok...Terasa tualah aku ni... Sambutan yang begitu indah di cadangkan oleh Lela membuat anak-anak muda yang manis-manis yang menghidu udara selama 8 jam bersama ku setiap hari begitu ceria. Apa salahnya..aku yang seperti ibu ini melayan anak-anak ini, ada yang sebaya anak ku Khair ....kalau besar pun sedikit..dan kecil pun..sedikit. Sesekali mendekat mereka sebegini rupa bagi ku tidak merugikan apa-apa..selebihnya kasihsayang yang di pupuk menjadi benih yang baik.

Seperti biasa aku gesa-gesa ke dewan maklumlah segalanya menjadi rutin bagi ku. Majlis sepena hari Jururawat hanya akan di adakan selepas jam 5.00 petang hingga jam 7.00 petang...itu janji kami. Terkejut melihat di dewan sudah bersedia anak-anak muda BeliaJaya Pt. Jawa dengan set karoke ... Tidak ku sangka...masa yang pendek, bermakna bagi anak-anak muda ini..ingin menunjukkan bakat menyanyi dan menghiburkan kami. Sponser...oleh bekas ahli Kelab Remaja 2002 En.Amran dan rakan-rakan. Terimakasih Jm HJh Aminah atas usaha menyatukan semula anak muda ini dengan persekitaran yang bermakna di masa kecil mereka dulu..

Acara di mulakan dengan doa oleh En. Tahir Haron PRA yang banyak bakat, ilmu dan keberanian. Taklimat Ketua Jururawat di sampaikan oleh sis Z. Bacaan Sajak oleh Jm Sarina
dan.......Permainan Kotak beracun membuatkan dewan hingar bingar. Bising kedengaran kerusi di kuak...dan jeritan anak-anak ketakutan dengan kotak beracun bergerak mencari mangsa yang tidak bernasib baik dan bimbang akan padah menerimanya...dan takut muzik berhenti. Masa ini tua muda berdebar-debar...aku sudah memberitahu...aku tidak akan menyanyi lagi kerana itulah janji ku pada tuhan...menutup semua kerja seni ku yang sebegini walaupun satu masa dulu aku sangat mengemari dan berbakat di sudut itu. Terimakasih kerana memahami.

Pertukaran hadiah juga adalah kerja rutin kami di hari jurawat ini. Merakamkan saat begini memerlukan kemahiran...dan pasti aku tidak lagi cekap bermain kamera. Banyak gambar yang gegar terambil....jadilah sedikit gambar pengubat rasa ketika sunyi buat kenangan. Selamat Hari Jururawat untuk semua jururawat di Malaysia...terutama metronku,metron Hasnah...kakak-kakak ku yang telah menjadi metron...Kak Jem, Kak Ros dan sahabat-sahabat ku yang telah menjadi sis...Salbiah Mangin, Rubiah Hashim, Hasnah Ambolok, Fatimah Awab, Hawa sahlan....ramai lagi yang tidak ku sebut kerana terlalu ramai yang hebat-hebat belaka...teristemewa sahabat karib ku Sis Jamaliah Daud, kak Siti Manisah Hj. Ali....Love for you all. Kenang daku dalam doa mu .

Tiada ulasan: